Saturday, 4 June 2011

Mukadimah

Blogger @ penderma yang budiman,

Sebagai Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Permai, Port Dickson saya mengambil langkah membuka blog ini sebagai usaha mencari dana untuk mendirikan sekolah agama yang baru. Untuk makluman pembaca blog sekelian, sekolah sedia ada didirikan atas tanah reserve sungai milik JPS berkeluasan 30' x 100' dan hanya dapat menempatkan 3 bilik darjah manakala sebagai sekolah agama terbaik di daerah ini ia menjadi tumpuan ibubapa dari luar kawasan menyebabkan sekolah ini tidak dapat memberi keselesaan lagi untuk pelajar menimba ilmu kerana ruang yang terlalu terhad.
Selaku penggerak dan perancang utama projek ini saya perlu bergerak lebih pantas memandangkan tapak sekolah baru telah agak lama diluluskan oleh kerajaan. Usaha saya bukanlah untuk mencari nama kerana apalah ada pada nama...sebagai pemimpin masyarakat di taman ini, bukan ini saja yang telah saya usahakan namun ia tidak perlu diperincikan di sini. Semuga Allah memberkati usaha saya dalam membangunkan sahsiah dan modal insan untuk generasi akan datang.

Saya juga ingin berkongsi melalui kecanggihan dunia masakini dengan blogger@penderma budiman untuk menambah saham akhirat dengan menghulurkan sumnangan seikhlas mungkin agar harapan anak-anak untuk belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif dapat direalisasikan.
Melalui blog ini setiap sumbangan dan derma serta perkembangan pembinaan SAR akan dikemaskini agar tiada sebarang keraguan dari setiap individu yang terlibat samada AJK pengurusan SAR atau penderma yang budiman.


Sekian dan Wassalam.

Hj.Ahmad Hj.Alus
Pengerusi @ Penulis Blog

0 comments:

Post a Comment